KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Polis Sahkan Tahan Individu Muat Naik Status Hina Gempa Bumi Di Sabah

loading...


#KOTA KINABALU: Pihak polis semalam telah berjaya menahan seorang individu yang dipercayai telah memuat naik status hinaan berikutan kejadian gempa bumi yang melanda Sabah.

#Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, Individu berkenaan yang merupakan seorang lelaki warga tempatan telah ditahan pada jam 9 malam semalam.

"Siasatan serta rakaman percakapan kemudian dibuat terhadap suspek dan ia selesai pada jam 11 malam. Selain itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan dua kad sim milik suspek untuk tujuan siasatan lanjut," katanya.

#Hasil siasatan akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya Sabah untuk menjalankan proses pendakwaan.

<Kes> itu disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kegusaran terhadap awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.

sumber
loading...

0 Response to "Polis Sahkan Tahan Individu Muat Naik Status Hina Gempa Bumi Di Sabah"

Post a Comment

ONLINE