loading...
#George Town – Seorang anggota polis wanita membuat laporan polis selepas beberapa keping gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai dirinya tersebar di internet dan aplikasi telefon pintar WhatsApp.
#Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan, berkata anggota polis berusia dalam 20-an itu membuat laporan polis semalam selepas mendapati gambar-gambar itu tersebar di whatsApp dan laman sosial sejak beberapa hari lalu.
#“Dia menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakannya dan selepas melihatnya, dia menafikan gambar-gambar itu adalah dirinya,” kata Thaiveegan ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
#Beliau berkata, polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan menyiasat secara terperinci kes itu.
#Polis juga akan menyiasat motif penyebaran gambar berkenaan berikutan anggota polis itu tidak menerima ugutan atau ancaman selepas gambar itu tersebar, lapor Bernama.
SEKADAR GAMBAR HIASAN
loading...
0 Response to "GAMBAR BOGEL TERSEBAR!!! ANGGOTA KESELAMATAN WANITA BUAT LAPORAN"
Post a Comment