Datuk Ramli MS
PETALING JAYA MALAYSIA: ###Pengkritik tetap Akademi Fantasia 2015 (AF2015) iaitu Datuk Ramli MS menyifatkan tindakan pengetua program itu, Edry Abdul Halim menegur cara kritikan #Rozita Che di khalayak ramai tidak seharusnya berlaku.
#$Ramli berkata, Edry mahupun pihak luar salah faham mengenai tugas #Rozita atau Che Ta, 42, yang hanya menjalankan peranan sebagai pengkritik awam dan bukannya seorang pakar muzik.
##"Pada minggu pertama, diakui saya nak gelak dengan komen ##Che Ta yang terlalu positif walaupun persembahan pelajar itu teruk. Jadi saya nasihatkan dia untuk beri komen secara jujur sebagai seorang penonton dan dia buat.
#"Dan saya sokong setiap komen-komen yang diberikan. Cuma dia tidak tahu menggunakan ayat-ayat sesuai orang seni muzik gunakan. Dia bukannya orang muzik.
"Dia bercakap mengikut apa yang dia rasa dan saya faham maksudnya itu. #Saya anggap isu ini timbul kerana salah faham mengenai tanggungjawab yang diberikan kepada Che Ta. Mereka tidak faham tugas Che Ta sebagai wakil orang awam," tegasnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.
#Terdahulu Che Tak telah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan tugasnya sebagai pengkritik selepas berasa terhina dengan teguran #Edry terhadapnya di khalayak selepas dia memberi komen negatif terhadap peserta AF 2015 siaran musim keenam Ahad lalu.
#Edry pula dalam mStar Online pada Selasa mengalu-alukan langkah Che Ta menarik diri dalam program berklenaan kerana merasakan aktres itu tidak layak memikul tugas diberikan.
#Sementara itu, Ramli turut meminta agar orang ramai tidak membandingkan dirinya dengan aktres itu memandangkan kedua-dua mereka berada di bidang yang berbeza.
#"Jangan bandingkan dia (Che Ta) dengan saya. #Jangan lihat dia sebagai pengkritik profesional kerana dia hanyalah pengkritik awam yang mewakili masyarakat luar sana.
#"Saya lihat Edry dan tenaga pengajar sangat prejudis dengan pihak pengkritik. #Mereka tidak faham tugas Che Ta sehinggalah saya perlu menjelaskan semula kepada tenaga pengajar dan barulah mereka faham.
#"Saya lihat Che Ta tidak bersalah dalam perkara ini," #ujarnya.
sumber
0 Response to "Datuk Ramli MS"
Post a Comment