Pelaris ? suatu taktik yang
tidak seharusnya diamalkan oleh peniaga kedai makan . Percayalah pada rezeki
yang Allah dah berikan , :)
Keluar
ke tempat lain pulalah. Tetapi ke mana? Kedai mamak di sini, memang bersepah
tapi ke manahala yang paling dekat dan cepat? Bukan nak makan sangat pun,
cuma nak minum saja. Dapat teh tarik halia ‘kaw’ pun dah sedap.Tiba-tiba
teringat pada satu kedai yang pernah dicadangkan oleh seorang kawan
bertahun-tahun yang lalu. Baik, boleh cuba di situ. Lebih kurang 10 minit saja
pun kalau memandu.Sampai di kedai, jam menunjukkan 12.30 tengah malam. Punyalah
ramai manusia. Hampir kesemua tempat penuh.“Hmmm? Dia orang ni tak reti
nak tidur ke? Esok tak kerja kot?”Duduk dan order. ‘Mak aiii!’Minah yang ambil
order ini, mukanya, manis lagi cuka. Comelnya boleh tahanlah juga. Bak kata
orang, sebagai penyeri kedai. Tetapi kalau muka dah kelat dan ketat, pergi mana
pun takkan berseri.Sementara menunggu minuman yang dipesan sampai, mata mula
meliar sekeliling memerhatikan kedai. Entah kenapa tiba-tiba terlihat satu
botol kecil diselitkan di siling penjuru pintu masuk kedai. Hati dah mula
resah, mula menggaru kepala yang tidak gatal.Kepala didongakkan lagi. Di
penjuru satu lagi, terlihat lembaga perempuan berjubah hitam, tengah bertenggek
di atas alang. Matanya tajam memerhatikan setiap pelanggan yang datang.
Rambutnya mengerbang seperti yang kita selalu lihat dalam kaca tv.Wajahnya,
harimau tengok pun boleh pengsan. Terkopek sana sini, badannya dihayun-hayun
bagai meratip. Apa yang diratipkan pun tak jelas. Sesekali apabila pelanggan
baru masuk, tangannya akan dijuntaikan menyentuh kepada pelanggan.“Ini tehnya.
Makan? Tak mahu?,” tanya seorang pelayan kedai itu sambil menghentak cawan yang
berisi air teh.Kepala digelengkan. Baru kerja sebagai pelayan dah berlagak.
Sudahlah duit pelanggan itu yang digunakan untuk membayar gajinya,
tetapi melayan orang macam pengemis meminta sedekah.Petua orang tua, apabila
makan di luar, lagakan lidah ke lelangit. Kalau geli, barulah boleh diminum.
Raba juga bawah bekas minuman atau makanan. Jika minuman itu panas dan bawahnya
sejuk atau sebaliknya, bermaksud ada ‘sesuatu’ yang diletakkan. Setelah itu,
bacalah selawat dan doa makan.Ketika tangan dihulur ke arah mug, entah
bagaimana kedengaran bunyi cawan yang merekah. Tidak sampai 10 saat, tiba-tiba
cawan terbelah dan air teh melimpah. Sedikit lagi air panas itu terkena pada
seluar. Kepala diangkat dan mata tepat merenung ke arah lembaga itu
tadi.Lembaga itu berayun sekali lagi seperti monyet di dalam kandang. Mamak di
kaunter cepat-cepat berlari dan tanya apa yang berlaku. Kepala digeleng sambil
membayar duit teh tadi. Tetapi bayaran ditolak dengan alasan air
tidak diminum dan mahu digantikan dengan minuman yang lain.“Hmm, tak perlulah
ganti. Biarlah,”Tetapi sebelum keluar, sempat berpesan kepada mamak itu.“Tolong
buang botol yang kat atas tu dan perempuan tu sekali,” sambil jari menunjuk ke
arah siling.Mamak itu seolah-olah terkejut bila ada orang tahu akan muslihat
pelarisnya.Sebaik saja keluar dari kedai itu, terasa ada benda yang mengekori.
Toleh ke kiri, kelihatan perempuan berjubah hitam itu tadi sedang
mengekori. Nampaknya, tak dapat nak balik ke rumah terus. Mahu tak mahu, kaki terpaksa
melangkah ke arah sebuah lagi kedai mamak.Teh tarik halia dipesan dan ditambah
dengan air mineral dan limau nipis. Badan menghadap ke belakang kedai, limau
diperah ke dalam air mineral. Beberapa surah dibacakan beserta doa untuk
keselamatan. Setelah menghabiskan air teh halia, kaki pelahan menuju
ke arah kereta.Bulu roma kembali tegak. Rupanya benda itu masih lagi
mengekori.Pelahan-lahan botol mineral dibuka dan air dimasukkan ke dalam mulut.
Walaupun tidak kelihatan, namun deria keenam terasa bagaikan ada tangan yang
ingin mencapai tengkuk. Semakin lama, semakin rapat.Badan dikalih
ke kiri dan serentak air dihembur keluar ke arah makhluk itu. Mungkin
kerana terkejut, lembaga itu terus melompat ke arah lampu jalan raya dan terus
bertenggek. Campuran air mineral dan limau disimpan. Beberapa pelanggan yang menyaksikan
kejadian itu memandang pelik.“Buat tak tahu je lah”Bukan ini lembaga yang
mengekori, tetapi hampir sama tanpa sabit panjang.Langkah dipercepatkan ke arah
kereta dan dengan pantas menghidupkan engin. Mata terus memandang lampu jalan.
Ya, lembagai perempuan itu mash di situ. Bagai menunggu arahan
tuannya.Sepanjang perjalanan ke rumah, hati bertanya, apakah teruk sangat
perniagaannya sehingga memerlukan bantuan daripada ‘luar’? Jika dilihat,
pelanggannya memang ramai. Beberapa bulan dahulu pernah makan di sini dan
ternyata juadahnya memang enak!Apakah ketamakkan telah mengabui matanya?
Wallahua’alam..
KREDIT Penuh : THEHYEPMEDIA.
0 Response to "Cerita Ustaz Di Kedai Mamak Pakai Pelaris , ” Buang Botol Dan Perempuan Itu Sekali “"
Post a Comment