KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

VIDEO: Bapa Gila.. Terajang, Cekik Anak Macam Binatang

loading...

#SAYU bercampur marah apabila melihat tindakan seorang bapa sanggup mendera anaknya yang masih kecil dengan menyepak bertalu-talu dan mencekik tanpa belas kasihan.
Entah di mana silapnya, bapa terbabit secara tiba-tiba berkelakuan kasar ketika kanak-kanak malang itu sedang mengulang kaji pelajaran.
Menerusi rakaman video berdurasi 2.07 saat, budak lelaki itu tidak sempat membela diri dan hanya mampu teresak-esak menangis kesakitan.
Bagaikan dirasuk ‘setan’, lelaki itu tanpa simpati berkali-kali menyepak anaknya sehingga tercampak berulang kali.
Lebih dahsyat, si bapa sanggup mencekik zuriatnya sediri sehingga kanak-kanak itu sesak nafas dan mengeluarkan suara jeritan yang tidak habis.
Video yang dipercayai dirakam ahli keluarga kanak-kanak itu kini tersebar menjadi viral dan mengejutkan ramai.


Berdasarkan bahasa yang digunakan bapanya semasa menengking, kejadian dipercayai berlaku di Thailand.
Beberapa sumber mendakwa, bapa berkenaan berkemungkinan besar mempunyai masalah mental dan video itu dirakam oleh ahli keluarganya bagi membuktikan kekejaman lelaki tersebut kepada pihak berkuasa. – MYNEWSHUB.CC
loading...

0 Response to "VIDEO: Bapa Gila.. Terajang, Cekik Anak Macam Binatang"

Post a Comment

ONLINE