loading...
#TERENGGANU, – Seorang lelaki telah bertindak ganas apabila tergamak menendang kepala bayi lelaki yang baru sahaja berusia 46 hari sejurus menumbuk muka teman wanitanya yang baru sahaja habis berpantang.
#Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 petang di Kampung Padang Air, Gong Badak, suspek dilaporkan berang selepas diminta untuk membeli ubat.
#Tindakan kejam suspek berusia 20 tahun itu membuatkan bayi malang terbabit bengkak di bahagian kepala dan kini masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
#Memetik laporan sebuah portal, gadis berumur 18 tahun itu mengalami bengkak pada bahagian pipi ekoran diserang suspek.
#Kejadian yang berlaku kelmarin itu terjadi semasa mangsa sedang berehat di rumahnya sebelum didatangi suspek.
#Suspek yang tidak bekerja dikatakan datang ke rumah untuk menjenguk teman teman wanitanya dan bayi berkenaan.
loading...
0 Response to "KEJAM!!!! Bapa Tendang Anak Berusia 46 Hari"
Post a Comment