KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

GAMBAR Pelakon Remy Ishak & Izara Aishah sedang Berasmara mula TERSEBAR !

loading...

Pengalaman berlakon menerusi filem Pilot Cafe, Remy menyatakan dia bertuah kerana sekali lagi dapat bekerja di bawah arahan pengarah Osman Ali selepas Cun dan Sejoli.

Dedahnya, dia antara pembaca tegar novel Ahadiat Akashah untuk filem kali ini malah, pernah berangan melakonkan watak juruterbang, Kapten Ameer iaitu teraju utama kisah romantik tersebut.

"Saya pernah baca novel Pilot Cafe sewaktu zaman sekolah. Saya pernah bercita-cita nak jadi juruterbang jadi saya memang pernah berangan nak berlakon sebagai Ameer tetapi mungkin bukan rezeki saya kali ini," tuturnya yang memengang watak sebagai pemuda kampung bernama Rashid.

Meskipun penglibatannya tidak banyak tetapi ada beberapa babak yang mencabar yang terpaksa dilakonkannya.

Klik untuk baca---> 

AWESOME!!! Izara Aishah dedahkan Wajah Teman Lelaki Yang....


"Babak saya dan Maya (lakonan Izara Aishah) berasmara antara babak mencabar pada saya.

"Babak itu di mana kami berdua berbaring di atas batu di pantai. Ketika penggambaran babak itu, ombak sangat besar.

"Sebelum buat babak itu aya ada beritahu Izara yang saya rasa takut sebab memang ombak kuat pada masa itu.

Salah satu babak dalam filem itu

"Ada sekali kami dipukul ombak dan hampir hanyut. Mujurlah tangan saya mencengkam kuat pada batu tersebut.

"Ketika lakukan babak itu juga kaki saya tercucuk batu karang yang ada di celah batu tersebut dan mengalami pendarahan.

"Kesannya sampai sekarang di tapak kaki saya ada satu lubang kecil akibat tusukan karang itu," kongsinya.

Pilot Cafe turut diterajui barisan pelakon hebat lain seperti Fahrin Ahmad, Neelofa, Datuk Eizlan Yusof, Keith Foo, Aishah Ilyas, Ainuk Aishah dan ramai lagi.

Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures ini akan ditayangkan di pawagam seluruh tanah air mulai 30 April ini..
loading...

0 Response to "GAMBAR Pelakon Remy Ishak & Izara Aishah sedang Berasmara mula TERSEBAR !"

Post a Comment

ONLINE