loading...
Ramai peminatnya tahu, aktres cantik yg juga seorang ahli perniagaan ini turut terjun dlm arena nyanyian apabila muncul dgn single pertamanya, Sayangi Dirimu.
Namun, ada segelintir pihak mengkritik mutu vokal yg dimiliki Nur Fazura Sharifuddin, 32.
Melalui laman Youtube, ada pengguna yg menasihati Fazura utk terus kekal dlm bidang lakonan kerana bakatnya lebih menyerlah berbanding nyanyian.
Namun, bagi Fazura sendiri, dia tidak mempedulikan kritikan-kritikan tersebut & akan terus melakukan sesuatu yg menggembirakan hatinya.
Memetik kenyataannya dlm portal MStar, “Terpulang, jika itu pendapat mereka & orang boleh kata apa sahaja. Saya tidak mahu lagi peduli tentang apa orang kata kerana paling penting saya gembira dengan apa yg saya lakukan & hanya mahu memandang positif seperti mana mesej dalam Sayangi Dirimu.
“Sejak kecil lagi saya memasang impian utk bergelar penyanyi tetapi rezeki terlebih dahulu dalam bidang lakonan.
“Bagaimanapun syukur akhirnya impian itu menjadi kenyataan biarpun mengambil masa untuk muncul dgn single pertama tetapi saya anggap ia ketentuan daripada-Nya.”
Tak mengapalah, mungkin Fazura ingin mencuba sesuatu luar dari normalitinya & mencabar bakat yang dimiliki. Tak salah rasanya peminat tempatan memberi peluang kepadanya kan?
Video Muzik Fazura – Sayangi Dirimu
loading...
0 Response to "FAZURA Dikutuk Kerana Suara Tak Sedap?"
Post a Comment